MY AWESOMEZ

Thursday, August 25, 2016

Tips Asasi : UiTM DENGKIL 2015/2016


Assalamualaikum dan hai semua !

Hari ni saya nak kongsi tips on HOW TO SURVIVE IN FOUNDATION YEAR.So I was in foundation last year , first batch yang dapat merasai kampus baru di dengkil. Ok mula-mula dapat tahu nak pindah dengkil tu rasa macam berat hati juga lah sebab dah mula suka dekat kampus lama which is kampus Puncak Alam.Semua macam komplen itu ini bla bla bla sebab tak nak pindah.

Tapiiii bila dah masuk and stay dekat situ macam nak duduk situ like 4 yearsss and forever ! HAHAHAHA dulu taknak sangatkan sekarang dah tersuka pulak. Kampus baru ni kecil je tapi okay sangat untuk asasi sebab duduk pun setahun je kan. Semuanya boleh reach out dgn mudah. OK kasi sneak peak sikit kampus ni ye

The so called Padang Maksiat in Dengkil

Kita mula dengan tips study dulu ye.

TIPS STUDY
  • Review what you have learned. Do some notes after every lecture.
  • Susun nota yang telah dibuat. Make it simple and interesting.
  • Fahamkan , digest every topic. Do tutorial . Kalau tak faham , TANYA.
  • Ask lecture things that got you confused. Jangan suka hati nak assume itu ini buat theory sendiri.
  • DO READ ! Buku yang tebal especially buku BIOLOGY supaya lebih faham dan jelas.
  • Do more exercise on math. Kalau malas sangat , siapkan jelah tuto. Buat sampai dapat jawapan , kalau tak dapat refer kawan punya.
  • MUST BE YOURSELF. Jangan ikut orang lain punya style study. You know yourself better. You choose. Okay?
  • Kalau rasa boring makan la snek ke coklat ke kekacang.
  
Boleh study sama-sama dekat sini


TIPS CARRYMARK
  • Jangan pandang remeh carry marks especially on lab work.
  • Do your best and strive for test.
  • Untuk quiz, review atau baca sikit, tapi kadang-kadang nasib lah dapat soalan senang ke susah. BE PREPARED.
  • Lab work jangan tangkap muat je. Get good result for your report. IKUT PROCEDURE hihi
  • Discuss and bahagi tugas untuk group work. 
One of the labs


TIPS SURVIVAL
  • Kalau nak elak dari makan maggi sebab nak jaga kesihatan, kepandaian dan sebagainya, bolehlah beli roti sandwich yang panjang tu. Tahan lama and boleh lah nak cicah kari ke air ke.
  • Beli nasi gabung dgn roomate. Lauk letak dlm plastik.
  • Basuh baju waktu free contoh kelas cancel ke , waktu malam ke. JANGAN RENDAM LAMA2.(Masa ni belum ada mesin basuh sobs)
  • Buat persiapan untuk esok. Gosok baju etc.
  • Kalau ada gap masa tengahari/petang , buat discussion/balik tido/basuh baju/buat nota/buat kerja tak siap.
  • Cuci toilet dengan kerap atleast 2 kali sebulan.
  • Kalau mengantuk JUST SLEEP. You need rest.
  • Find your own sweet time. Nak calling ke, makan ke lepak ke. Kalau nak calling tu jangan lah ganggu orang nak study pula ye.Call dekat balkoni ok .
  • Weekend bolehlah layan drama ke hangout ke.

Bangunan Dahlia


TIPS BERKAWAN / CLASS
  • Jangan ganggu kawan time study. Boleh mengundang kemarahan. 
  • Jangan menjerit tengah malam.
  • Buat baik dengan roommate dan housemate anda.
  • Kalau nak tido , ajak lah roomate anda sekali hahahahahahahaahhah
  • Jgn lupa kejut housemate untuk bgun subuh/puasa/study/bila perlu. Kejut sampai bangun. Kalau tak bangun jugak, harap bersabar dan kejut lagi.
  • Give and take.
  • Always remind them about studies and help them when they are in need. 
  • Do take part in class.
Bilik Kuliah

TIPS SEGALA TIPS
  • Jangan tinggal solat.
  • Jangan lupa parents.
  • Jangan lupa kawan2.
  • Jangan hasad dengki/sombong tak tentu pasal.
  • Always pray for the best.
Okay itu sahaja tips yang boleh dikongsikan. Harap bermanfaat. Mana-mana tips macam tak kena je tu, harap maaf lah ye. This is based on me and my friends' experiences. Mari sini nak payung sikit gambar UiTM Dengkil. Gambar yang atas tu semua dari Facebook PUSAT ASASI UiTM dan GROUP FB KOLEJ DAHLIA/TUALANG. Thanks for reading !
View from Aras 2 Dahlia 1


Typical view of airplane

Waktu gerhana

View from bangunan akademik

Kalau rasa nak tahu lebih lanjut tentang UiTM Dengkil ni bolehlah search google ye . Nanti akan keluar banyak update tentang kampus ni sebab dah ada first batch . Okay bye! Thanks for reading.

Saturday, October 11, 2014

Blogger Area Mega Giveaway




Bismillahirrahmanirrahim...

Hey long time no see , jom join Blogger Area Mega Giveaway yang gempak dan ohsem. Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik gambar ye. Hadiah disediakan untuk 153 pemenang tau dan sponsor seramai 61 orang. So rugi tak join..

Anyway wish me luck for this coming SPM and this giveaway. Saranghae kamsahamnida.